Monday, June 28, 2010

Cabaran Serikandi Tahan~

Kali ini aku menyertai pendakian gunung tahan anjuran ipg ku sendiri. 
Naik kuala juram, turun pun tang tu jugak.
For beginner it’s ok la.
hey... that us ^_^












19 JUN 2010

Perjalanan kembali ke maktab dari rumahku selama 4 jam berjalan dengan lancar. Sesampainya di maktab aku terus ke bilik liya untuk bejumpa dengan jie. Sefahaman aku jie menunggu aku di situ.Rupanya aku tersilap, Jie telah pun menunggu aku di Myden untuk edisi menjahit beg ‘songlap’ dan jahit kasut power. Aku pun kelam kabut ke Myden untuk menghantar beg jie untuk dijahit sehingga terlupa membayar tambang si Pakcik Prebet.
ehehehehe...

Pada malam tersebut diadakan solat hajat,bacaan yassin dan sedikit jamuan ringan. Pulang ke hostel kami terus duduk untuk mengemas beg.

Pika paling awal berjaya menyetellkan begnya. 
Liya sibuk “ber FB” , 
aku dan jie sibuk  termenung sambil berfikir...

Jie: “ Macam mana nak kemas ek”
Aku: “Kenapalah beg aku besar”

Setelah penat termenung, aku dan jie mengemas beg diikuti oleh liya. Aku paling last berjaya mengemas beg iaitu pada pukul 3 pagi.


20 JUN 2010

Pada pukul 8 pagi kami bertolak menuju ke bangsal bas. Setelah penat bergambar di hadapan bas kami pun memulakan perjalanan. Perjalanan kami dari  Melaka ke Merapoh penuh dengan sesi berhenti dan makan, berhenti makan x 10 kali. huhu...
Nak buat wat macam mana kan... ikut je la, bukan aku drebarnya.

Akhirnya kami tiba di Pejabat Taman Negara Sungai Relau Merapoh kira-kira selepas waktu asar.

Malam tu ada sedikit taklimat daripada penolong penguasa taman negara Pahang sungai relau. Aku tak ingat nama timbalan tu, tapi aku tahu ar die hensem...NGEEEE


21 JUN 2010
(planning dari kuala juram-kem kor  tetapi tersasar kuala juram-lata luis)
Setelah selesai bersarapan, pada pukul 10 pagi  kami menaiki 4wd menuju ke sungai relau. Perjalanan yang mendebarkan. Semua peserta cuba mengumpul keyakinan untuk memulakan pendakian. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Kami menempuh 4 batang sungai sebelum tiba di Kuala Luis. Tak silap aku jarak perjalanan adalah 5 KM.
Selepas sejam yang pertama bahu aku yang dah mula seriau memikul beg 70 liter  itu. Tapi kerana semangat yang membara,  aku buat-buat cool la kan walaupun aku dah start menyumpah nyeranah beg berat di dalam hati.  







Kami makan tengahari di Kuala Luis (kate 3 kali sehari makan kan..hehehe) . Setelah selesai solat dan makan,  kami meneruskan perjalanan menuju ke Lata Luis.
Perjalanan dari Kuala Luis ke Lata Luis adalah sejauh 6 KM.
Dalam perjalanan tiba-tiba ada seorang peserta  terlentang atas trek akibat kakinya krem. Aku sebagai pemerhati hanya memerhati, liya yang baik hati tolong menggosokkan kaki sahabat kite yang krem tersebut. Aku and pika meninjau keadaan untuk beberapa saat  pastu bla…(hehehe….nampak macam kejam, tapi kalau dah dekat 8 orang kerumun die aku malas la nak tambah sesak nafas die).
Sesampainya kami di Lata Luis, kami melepak-lepak untuk menunggu peserta yang belum sampai lagi. Waktu telah menunjukkan  masuk solat fardu asar apabila semua peserta serikandi sampai. Guider menyarankan kami tambah hari pejalanan dan ini bermakna kami bermalam di Lata Luis sahaja pada malam ini. Maka pasang khemah, masak, mandi and so on… 




Apa yang menarik adalah pada malam itu ada SESI PEMBUANGAN barang. Tu la orang dah kate, makanan berlebih tak percaya. Bila guide dah cakap baru nak percaya. Buat membazir duit aku je. Banyak barang yang tidak digunakan kami tinggalkan di Lata Luis.  Malam tersebut turut diadakan mesyuarat untuk sesiapa yang tidak dapat meneruskan pendakian.
Beg liya dah koyak…ye~ye~…


Aku tidur dengan aman pada malam tersbut. Tapi bila hujan malam tersebut, air hujan masuk dalam khemah maka badan badan aku menggigil macam kena sawan.

22 JUN 2010
(planning kor -botak dah tukar jadi lata luis- kubang)
Kami bangun seperti biasa dan melaksanakan perkara biasa (masak,kemas). Pada pagi itu, 2 pelajar dan 2 lecturer telah mengambil keputusan untuk menarik diri. Aku sediy la plak tengok, tapi nak wat macam mana dah takdok rezeki.
Lata Luis-Kem Kor = 2.5KM
Kem Kor- Permatang= 2.5 KM
Permatang- Kubang= 3.5 KM

Belum sampai setengah jam kami bergerak seorang lagi peserta  mengambil keputusan untuk menarik diri dengan alasan tidak yakin untuk meneruskan pendakian. Tidak lama kemudian pada bukit yang pertama , atau kami gelar bukit surrender seorang lagi peserta  menarik diri kerana risau akan taraf kesihatannya yang agak menggusarkan.
Akhirnya kami tiba di kem kor. Kami meninggalkan barang di situ dan rehat sebentar di kem kor.Selepas itu kami meneruskan pendakian.
Pada awalnya aku dan pika agak bersabar dan terus mendaki. Lama kelamaan aku dah naik meluat la pulak, bukit ni tak sudah-sudah. Rase sakit bahu dah hilang sebab menyampah naik bukit tak habis-habis.
Aku tanye guider tu  “ bila nak sampai ni bang?”.
Guide kata “sabar ye” .
Dia orang gelar tempat tu,
-bukit tak sudah
-bukit  kembang hidung
-bukit kembang kuncup
Seingat aku la…Eekekekeke…
Kami berhenti rehat sebentar di Kem Permatang. Terdapat punca air bersih kira-kira 100 meter di bawah bukit dekat kem ini.
Pendakian kami pada hari tersebut berakhir di kem kubang. Sampai di kem kubang aku dan pika duduk lepak sambil melihat gelagat-gelagat peserta yang sampai. Apa yang menarik perhatian aku adalah apabila guider sampai bersama sebuah beg peserta. 5 minit kemudian muncul seorang peserta  tanpa menggalas  beg. 3 minit kemudian naik Mr.Man dengan muka  merah dan gayanya seolah-olah orang baru lepas beranak (maksud aku tak larat tahap cipan la kan), aku hanya membiarkan sahaja persoalan tergantung di benakkku. 
[terjawab di kem botak]




Air yang ada di kem kubang adalah air bertakung jaraknya agak jauh juga dari tapak perkhemahan. Sodap weiyh masak air berudu…ekekekeke.
Malam tu seronok kerana aku dok dengar banyak cerita daripada guide. Macam-macam cerita, cerita umairah,cerita kemah meletup…and so on.

23 JUN 2010
( kubang ke botak)
Kem kubang –berlumut= 1.5
Berlumut-bonsai=5.5
Bonsai –botak=3
Kem botak- puncak tahan=2.4
Perjalanan hari ini agak mencabar bagi ku walaupun tidaklah sepenat semalam. Trek yang berlumpur menyebapkan kasut admiral ku tidak lagi menunjukkan colour sebenarnya. Beberapa kali kasut ku terbenam di dalam lumpur.

Seteklah berehat di berlumut kami meneruskan perjalanan ke  bonsai. Setibanya di kem bonsai, guider menunjukkan puncak tahan yang boleh dilihat dari situ.

Dari bonsai ke botak lagi sekali kami melalui trek yang sempit dan berlumpur. Kami turut melalui pokok-pokok orkid yang cantik dan periuk kera pun banyak juga kelihatan.
 Selepas 45 minit kemudian kami mendaki trek yang berbatu dan curam. Memasuki laluan yang “putih”, tiada  pokok, rasa mahu terbakar kepala aku. Aku pun naik dan naik…ramai peserta berehat sebentar di tepian trek sebap panas sangat.
Aku dok nampak jie melepak tengah laluan.
Aku: kenapa weiyh? Tadi laju?
Jie: aku tak boleh bile colour hijau dah tukar putih…
Aku turut mendengar soalan bodoh dari entah sapa
Penyoal: abg guide, sape yang angkat batu-batu ni naik atas?
Aku gelak sakan je… sapa nak wat kerje bodo gitu weiyh…
Tibe aku rase aku turut sama bodo naik penat2 gunung tahan pastu tak wat apa2, turun pulak…ekekeke
Akhirnya semua peserta  selamat tibe ke  botak pada pukul 3.30 petang.
Pada pukul 5 petang kami bergerak menuju kepuncak. Kami sempat mencedok air di kem botak yang sejuk tu untuk bekal ke puncak. 

Syahdu hatiku apabila sampai ke puncak ustaz melaungkan azan. Ada yang melakukan solat sunat setibanya sampai di puncak. 


Setelah penat bergambar kami turun semula ke kem botak untuk bermalam di kem botak.
Pada malam tersebut aku kepenatan dan cuba melelapkan mata. Tapi telinga aku dapat menangkap satu kisah menarik.Masih ingatkah beg peserta yang diangkat oleh guide di kubang tadi?
Perbualan yang aku dengar;
Orang 1: Man, macam mana ko boleh angkat beg budak tu?
Mr. Man: Aku tengok budak tu letak beg dia…lepas tu terus bla. Aku tanya budak tu, kenapa tinggal beg? Budak tu jawab “biar ar beg tu!”…
Ekekeke…selak aku gelak, boleh tahan juga cara Mr. Man mengajuk cara budak yang dah “down mental” . Kemudian perbualan disambung lagi…
Mr. Man: Aku pun tolong la angkat beg tu, aku fikir ye la…kalau dia tinggal beg tu, dia nak makan apa, pakai apa.
Perbualan disambung oleh guide;
Guide: tu la, nasib baik saya turun ke bawah semula. Saya nampaksorang budak tak bawa beg. Saya tanya dia, “Kenapa tinggal beg.”  Dia jawab “biar ar beg tu!”, urm…terus saya turun lagi, tengok-tengok Mr. Man tengah pikul 2 beg.
Hahahaha… yang aku tak boleh bla nya, diorang kata lepas Mr.Man angkat beg budak tu, terus mencicit budak tu lari naik atas.Ye la, secara logik nya kita akan berjalan dengan orang tolong angakat beg kita, ini tidak…ehehehehe…biasalah , dah penat..macam2 tindakan luar jangka.
Malam itu aku tertidur bersama sayup-sayup suara mereka bercerita.

24 JUN 2010
(botak ke kor)
Kesejukan pagi menyedarkan aku dari lena mimpi. Geli hatiku melihat  lecturer tumpang tidur bersama guide. Tu la, dah kata kat botak tiada pokok untuk menggantung hammock.
 Kami bertolak seawal jam 9 pagi. Aku dah naik meluat sebap hari-hari kemas beg. Ehehehe…
Sebelum bergerak turun dari bota  aku memandang untuk kali terakhir pemandangan di sekitar yang menyejukkan mata.
Kami berhenti makan tengahari di kem kubang. Semua peserta selamat tiba di kubang pada pukul 3 petang.
Setelah semua selesai kami bertolak ke kem kor. 


 Bermalam di kem kor amat menyeronokkan bagi aku. Aku and kawan2 mandi manda waktu malam kerana sampai di kor agak lewat dan kami memasak sebelum mandi.
Malam itu aku berasa sedikit hiba kerana bakal meninggalkan tahan pada hari esok. Gemersik suara ustaz mengalunkan ayat suci al-quran membuatkan aku terfikir sejenak akan keagungan ilahi.
25 JUN 2010
Kami bertolak dari kem kor menuju ke relau
Aku mengambil kesempatan untuk berjalan bersama kumpulan belakang. Ingin menikmati hari terakhir. Sejenak berhenti dan mengambil gambar, sejenak berkelip mata ku mengalirkan air mata (tapi aku sorok-sorok ar…sedih ow dah nak bla ni…ehehehe).
Berhenti di lata luis untuk mengambil bekalan makanan yang berlebihan. Akhiirnya kami tiba di kuala juram pada pukul 3 petang.
Setelah itu kami menjengah ke santuari ikan kelah.

Menaiki 4WD dan kembali ke Pejabat Taman Negara Sungai Relau. Setelah berkemas kami bertolak pulang ke maktab. Kebetulan lalu raub, jadi aku balik je la rumah…la,la,la..

TAHNIAH KEPADA SEMUA~
nak komen letak la nama ye...^_^

Wednesday, June 16, 2010

sTreeesss!!!

pertama kali aku menulis bahawa aku STREESSS untuk naik ke gunung . mengapa?entah, sebap
-aku tak bersedia fitness
-barang aku songlap dr ramai orang
-aku tk mo pergi dulu, tp orng suruh jugak
-dh ar 3000...mak aku dok bising
-dh ar aku tgh sengkek

-aku dh tak reti mcm mana nkgambarkan bahawa aku nie
PERTAMA KALI WAT OUTDOOR atau lebih ko TANPA ADA RASE
-COOL
-RELAX
-BRUTAL
-GEEMMMRIIRAAA
-BERSEDIA
-CONFIDENT SELF YANG TINGGI

tahu tak bertapa streesss nye aku sebagai PELAJAR+ BUDAK2 LAGI mengalami perasaan di atas???
hah!!! mesti la aku tension! aku bkn anak dato', kate dulu 250...sekrng jadik 300.

Saturday, April 17, 2010

Lata Berembun~


Lata Berembun {bukan Gunung Berembun ye…} yang terletak di  KG. Sg. Klau Pahang Darul Makmur telah pun kujelajahi {setelah berusaha memujuk parents ku membatalkan aktiviti mereka, “mak ada kuliah duha, abah nak pergi kebun”} dan mengikut kepala aku.

               Aku betolak dari rumah seawal jam 8.30 pagi setelah menyediakan bekal untuk berkelah iaitu nasi putih, sambal ikan bilis dan ayam goreng.  Setelah sampai di simpang {entah apa nama simpang tu aku pun tak ingat walaupun dah berjuta kali aku lalu} yang terletak berhampiran jambatan Sungai Klau kami ber’parking’ seketika untuk mencari 4WD. Pada kali yang lepas, ayahku telah mencuba nasib untuk ke masuk ke Lata Berembun dengan menggunakan jip buruknya, tetapi gagal kerana jalan yang perlu dilalui itu ala-ala nak gi Gunung Ais or ala-ala Tembeling nu, maka tayar tenggelam la kan,  plus tayar jip aku tak la tinggi mana plus enjin jip pun enjin rendah sahaja. Sebuah Hilux turut sama gagal macam ayah aku {tapi die surrender awal sikt dari ayah aku…wakakakaka~ bangga dengan jip buruk ayah aku}. Baik sewa 4 WD, kalau kereta korang lekat, then nak tarik dah makan RM400, plus kereta confirm rosak.

   Setelah berjaya menyewa sebuah jip,dengan harga RM1++, kami menaiki 4WD dengan memakai BA dibadan. Pada permulaannya aku agak pelik, kenapa mahu memakai BA ?4WD ni nak masuk dalam air separas kepala kah? Rupanya BA tersebut berfungsi menahan badan daripada  merasa terlalu sakit akibat berlaga-laga dengan palang 4WD tersebut, sepanjang perjalanan ke Lata Berembun {wakakakaka…protection yang boleh aku tiru untuk masuk ke kebun aku yang berliku-liku}

Setelah perjalan yang  agak ‘bergegar’, di mana aku rasa terlompat-lompat, berlaga-laga selama lebih kurang 45 minit, kami sampai ke destinasi setelah berjalan 3 minit dari tempat letak 4WD tu {ada macam tokong cina kecik tu plus ada jambatan yang diletakkan batu ditengah-tengahnya tak mahu kasi  kereta lalu}.







       Nampak atau tidak kecacatan yang terdapat di jambatan di atas? Pada dahulu kala, hujan turun dengan lebatnya, tiba-tiba air naik melampaui paras jembatan. Maka kayu balak yang dihanyutkan air telah merempuh divider jambatan tersebut sehingga cacat.


Subhanallah, indahnya ciptaan Allah, tidak terukir oleh manusia. Begitulah tahmid ku didalam hati. Air Terjun Lata Berembun adalah salah satu air terjun yang cantik selain air terjun Chemerong, Lasir, Sungai Pisang, Kemensah dll.


                   AIR TERJUN LATA BEREMBUN YANG MEMUKAU


Usai memasang kemah aku pun selaku anak sulong pergi memeriksa kedalaman tapak mandian air terjun tersebut {ehehehe…tunjuk hebat depan ayah aku walaupun cuak}. Kesimpulannya, air menenggelamkan kepala aku. Penyelesaiannya, aku mengarahkan adik-adik aku mandi bersama BA supaya tak lemas {aku hanya pandai menyelamatkan diri tapi tak reti selamatkan orang…ehehehe}. Aku mengajak ayah aku mandi sekali {sebab aku nak enjoy dengan adik aku yang besar tu, biar ayah aku layan adik aku yang kecik tu... ehehehe

Adik-adik aku sibuk mengutuk style aku berenang, “Akak, macam mana Akak bolah berenang macam katak tu?” Padahal aku nampak ayah aku pun berenang macam tu, tak kena kutuk pulak.Ish2

                                                       KAT AIR TERJUN~






Setelah berseronok-seronok dari pukul 1000 sehingga 1400 kami berangkat pulang. Memang BEST!!! { nasib baik ayah aku yang bayar 4WD, kalau aku yang bayar aku nak balik esok pagi aje!...ehehehe}

Sunday, February 21, 2010

Clean up Datuk!!


Dengan semangat kebudak-budakan aku, leya, jie dan nis bersemangat waja ingin mengikuti  “Jungle Clean Up Gunung Datuk” anjuran OHM pada ...... Ini adalah kali kedua aku menjejaki Gunung Datuk, walaupun aku malas nak pergi pada mulanya {sebab gunung datuk tak adventure…berlagak tak? eheheheh} , tapi sebap ketandusan aktiviti aku pun ikut serta.
DUIT= noe hal
GENG GUNUNG KASUT POWER+  TREK SUIT (GENG POWERTREK) = sentiasa ada on..
TRANSPORT=???? INI ADALAH MASALH BESAR BAGI KAMI, BERIKUTAN PENGHARAMAN INSTITUSI PELAJAR HARAM MEMBAWA TRANSPORT KE SINI… hurm….
Walaupun aku tak tahu ok ker tak geng-geng OHM tu. Tapi biasanya orang-orang  yang menganjurkan aktiviti hutan ini adalah orang dari perhilitan plus professional dalam menjalankan aktiviti sebegini.

                                                          
                                                        GAMBAR CONTOH..EHEHEHE
 
Dengan berkat kesungguhan akhirnya kami berjaya meminjam kereta sahabat leya . Maka kereta tersebut di pandu oleh Nis dari lapangan terbang Batu Berendam sehingga ke Bahau. Walaupun banyak kejadian mati enjin plus kebahayaan di highway {tak boleh cerita lebih-lebih, nanti Nis nangis…} kami akhirnya berjaya sampai ke Gunung Datuk pada jam 1030. Giler awal {OHM nak mula hike adalah  pada jam 2300}, tapi sebab konon-konon semangat kami-kami ni nak berkelah kami, maka kami pun mbeli nasi bungkus dan pergi la ke base Gunung Datuk. Tup-tup ramai sangat orang berkelah. Aku mencadangkan kami mencari tempat lain. Pusing la ke  kawasan air panas, kolam PLKN,resort antah apa ke jadah, dll. Akhirnya makan kat Medan Selera jer {wakakakaka… orait tu, minum tea o panas}. Pada waktu petang pula kami bersiar-siar di pasar malam. Tepat jam 2100 kami mengambil Khairul Anwar@KA {kawan Nis} di Rumah Undang dan terus menuju ke Gunung Datuk


Pendakian bermula jam 0000. Aku mendaki dengan penuh semangat kewarasan dibawah kesamaran cahaya bulan bersama rakan-rakan. Tengok punya tengok, rupanya pakcik dua orang tadi ada belakang geng kami (POWERTREK). Dengan penuh kerendahan hati kami pun berkenal-kenalan. Mereka kami panggil Uncle Ayee dan Uncle Zainul. Pendakian kami penuh dengan permaianan teka-teki dan lawak jenaka. Aku rase mula-mula geng aku menang, tapi akhirnya pakcik-pakcik tu lagi terror mengeluarkan teka-teki…ewah…uhuhuhu.
                Aku naK story satu perkara. Lutut aku dah naik angin bila banyak sangat rest. Kejap-kejap ‘take 5’, kejap-kajap ‘take 5’… apa ke jadah la… Tapi akhirnya aku belajar satu perkara,
Perbualan geng OHM:
OHM 1: Garfu, ada sorang perempuan kat belakang kaki dia sakit plus mental dah down
Garfu: Jap aku pergi tengok.
3 minit kemudian…
Garfu: Aku rase kita bawak dia letak kat depan sekali.
{korang paham ke story aku ni??? Ahahahaha…}
Ok la macam nia, kebiasaaan aku naik gunung, ada orang akan down ataupun dah tak larat. Maka guider akan membahagikan kepada dua kumpulan. Group depan dan group belakang {group orang-orang mental dah corrupted}. Tapi style yang kali ini, mereka membawa orang yang down tadi berjalan di hadapan dahulu. Ini adalah psikologi yang bagus {pada pandangan aku la…} sebab orang yang down tidak akan tertekan merasakan diri dia lambat plus die tidak akan terkejar-kejar orang depan.
Itulah yang aku belajarnya,dalam hati aku, kalau pro boleh sabar, takkan aku yang cikai ni tak boleh sabar.
                                                     
                                            

Akhirnya sampai sudah ke puncak. Kami bermalam di atas puncak denfgan tergigil-gigil {ada pakcik-pakcik yang hulur sweater dan ponco..tapi ego punya pasal kami menjawab “Takpek la bro, takdek la sejuk sangat”…wakakakaka, penipuan besar… bro tu kate “Gigi ko dah terketar-ketar buat muzik ko kater ko tak sejuk?”…
Aku buat tak tahu je la. Lepas tu aku borak-borak dengan bro tu, seronok sebab aku suka dengar orang cerita naik gunung.
Apa yang buat aku rase sengal, bro ni semua boleh dok relax main daun trup. Dah la pakai baju nipis. Ish2, kulit biawak betul.
Malam semakin larut, ahkirnya kami tak tahan sejuk atas batu kami pun turun dok kat bara api kat bawah. Aku tak tido sepanjang malam,member-member aku semua tido. Tup-tup baru aku perasan , si uncle aye & zainul ni asyik dok mengekor kami je. Macam ayah aku yang mengawasi pergerakan aku…wakakaka. Tapi kami tak kisah pun, sebab uncle-uncle tu boleh masuk dengan kami yang pelik ini + pandai main teka teki+berlawak jenaka+ tak berlagak+ bertindak seperti ayah+ aku suka ada ramai kawan…


Akirnya esok pagi kami turun dari puncak setelah selesai mengutip sampah yang banyak.
Nak tau tak? Dalam perjalanan balik nis telah melanggar tiang parking masjid semasa hendak memarking kereta. Aku sebagai pemerhati di luar agak terkejut, sebab memang nyata salah aku. Aku yang jadi instructor kat luar time tu… la,la,la..
Yang penting kami selamat sampai ke Melaka. Thanks KA tolong pasal kereta tu.

                                            

Sunday, January 24, 2010

Biarkan~

hurm, hari ini hati aku panas kerana ada seseorang yang telah berkata-kata dengan agak kasar pada aku. Apatah lagi aku seorang yang panas + api+ baran. Tapi aku rasiaonal kerana aku sedar aku seorang yang beragama dan punya malaikat di kanan kiri mencatat amalan ku saban hari.

Aku teringat kata-kata seorang sahabat ku, ‘Biar orang menyakitkan atau melukakan hati kita,tapi jangan sesekali menyakiti hati orang sekalipun dia telah melakukan begitu pada kita’.

Balasku... ‘Kenapa?’.

Balasnya... 
‘ Apa sangat lah kebaikan lain yang kau mampu lakukan di dunia yang sementara ini. Tidakkah kau pernah mendengar bahawa ada seorang hamba itu diazab di dalam kuburannya hanya kerana mulutnya suka mencela orang lain. Sama juga dengan mereka yang menyakiti hati manusia. Ya, kuburan yang bisa menjadi taman syurga atau lubang neraka

Aku hanya terdiam~

Friday, January 1, 2010

Lipatan MeMori 2009~

Salam,berakhir sudah tahun 2009. Sama ada ia meninggalkan kenangan pahit atau manis jadikan ia sebagai ikhtibar dan peringatan. Ingatlah terkadang di dalam tasik hempedu terdapat setitis madu (mesti ar dah tak rasa madu tukan ...=P). Apa pun yang berlaku ia akan menjadi sia-sia jika kita tidak memerah kebaikan daripada nya. 
Untuk itu aku akan sentiasa mengingati 2009~



Untuk team Bola Baling and 'who's the 'WALL' with me just remember we make a great fight with senior.. (aku ar paling hebat sekali, jadi wall yang banyak gelak-gelak dengan Fiqah and Fida..gagaga=P)

 
Miss Tan thanks for teaching us Ping Pong ^_^ This year champion was Akma  Tahniah T_T
And aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada PL1 sekalian coz you all THE BEST!!
huhuhu;-). Without you all pertandingan itu tidak akan berjalan sama sekali (bukan setakat tak jalan, merangkak pown tak..=p)



Taman Negara Jerantut. Dalam perjalanan menuju ke sini terserempak la dengan ex-skull aku, rasa macam nak melompat naik atas atas bumbung bas at that time=p
Thanks to Dr. K and family, Cg. Isa and Pakcik yang mengiring kerana sanggup bawak kitorang pergi sini. You all the best;-)


~Masih ingat kah lagi, suatu ketika dulu .. di atas gunung ledang ini.. kita makan nasi lemak...~


hehehe, Ya! my favourite! (bukan nasi lemak ye, tapi hiking...=p)
kepda yang sakit kaki tetapi berjaya sampai puncak. TAHNIAH!! hehe
 






Tamatlah sudah aktiviti 2009~ (walaupun ada lagi tapi aku dah tidak larat mahu mengupload gambar...hehehe) 

 

Wednesday, December 30, 2009

Pandang-pandang~

Marilah kita mengenal haiwan. Tapi ada tiga ekor je, jadilah tue~

arnab ni tengok aku sebenarnye..hehe


          orang utan pun jelaous kat arnab, jadi orang utan tenung arnab tu balik...;-)

burung-burung udan ini memanjangkan lehernya melihat aku..he2;-)

itulah kedatangan aku ke zoo negara~
sengal tak?...kui2
;-)